Friday, March 18, 2011

Kapsul Habatussauda

RM 15.00 mengandungi 30 kapsul.

Rasulullah saw bersabda "Gunakanlah HABBATUSSAUDA, karana sesungguhnya di dalamnya terdapat ubat bagi semua penyakit kecuali kematian " (HR Bukhari 10/121 & Muslim 2215)..

Antaranya khasiatnya ialah:

Anti tumor,
Penyakit gastrik,
Membuang angin,
Buasir, Sembelit,
Penyakit kulit,
Darah tinggi,
Kencing manis,
Radang buah pinggang,
Penyakit kuning,
Kemandulan,
Perempuan Lepas Bersalin.
Apa Itu Habbatus Sauda’?


Habbatus Sauda’ atau Nigella Sativa berasal daripada Asia Barat, merupakan sejenis tumbuhan semulajadi berbentuk rumput kecil. Ianya adalah sejenis herba yang tumbuh dengan ketinggian lebih kurang 16-24 inci, mempunyai bunga-bunga putih atau biru apabila ia berbunga. Mempunyai batang yang tinggi kurang setengah hasta. Mengeluarkan bunga yang mengandungi biji Habbatus Sauda’ iaitu benih-benih tajam berbucu empat segi tepat (tidak lebih daripada 3 mm) yang digunakan dalam penyediaan produk-produk berasaskan Habbatus Sauda’. Tumbuhan ini terdapat di kawasan Mediterranean dan kawasan yang beriklim gurun.

Di dalam bahasa Arab ia dipanggil Habbatus Sauda, bahasa Inggeris dipanggil Black Seed/Black Cumin, bahasa Melayu dipanggil Jintan Hitam manakala bahasa saintifiknya dipanggil Nigella sativa.


Habbatus Sauda mengandungi 67 kandungan bahan aktif yang dapat membantu menyembuhkan pelbagai penyakit yang sering dihidapi oleh manusia. InsyaAllah Habbatus Sauda mampu menyembuhkan penyakit seperti Batu Karang, Resdung, Kencing Manis, Kulat Pada Kulit, Luka, Keletihan, Lenguh-lenguh dan Lumpuh, Gastric / Ulser, Lelah, Radang Buah Pinggang, Darah Tinggi / Jantung, Batuk dan Selsema, Kemandulan, Sakit Otot dan Sendi, Keguguran Rambut, Sukar Tidur, Loya dan Muntah, Kadar Kolesterol Tinggi, Sembelit, Gout, Membuang Angin, Pening Kepala / Migrane, Bisul dan Ketumbuhan, Batu Hempedu, Luka-luka di hati, Paru-paru Berair, Gusi Berdarah, Senggugut dan sebagainya jika diambil secara berterusan sebagaimana yang dinyatakan dalam sebuah hadis dari Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya:-

“ Tetaplah kamu dengan Habbatus Sauda’ kerana sesungguhnya padanya terdapat penawar bagi segala penyakit kecuali As Sam (mati)”.

Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim.

KAJIAN PERUBATAN

Ibnu Sina dalam kitab besarnya: “Al-Qanun fi al-Tibb” sebagai berikut: Habbah Sauda boleh melancarkan keluarnya darah haid wanita yang bermasalah dalam hal ini ia juga bertindak seperti bom untuk menghancurkan batu karang yang ada pada buah pinggang dan tempat berkumpulnya air kencing, caranya ialah Habbah Sauda dicampur dengan madu dan air panas lalu diminum untuk beberapa hari”.

Ibnu Qayyim al-Jawziyah menulis dalam kitabnya yang cukup terkenal “Zad Al-Mi’ad Fi Huda Khairi Al-Ibad”. Jika habbatus sauda’ / black seed dihancurkan dan dicampurkan dengan madu, kemudian diminum dengan air panas, ia dapat menghancurkan batu karang yang terdapat dalam buah pinggang dan tempat berkumpulnya air kencing. Memperlancarkan keluarnya kencing, darah haid, dan susu ibu. Orang yang lumpuh sebelah badan maka dianjurkan supaya menyapu minyak Habbah Sauda ke atas anggota badan, insyaallah akan sembuh dari lumpuh.

Kajian perubatan moden yang dilakukan oleh Dr. Peter Schleicher, seorang pakar di dalam bidang imunologi di Munich mendapati bahawa minyak yang terdapat pada habbatus sauda’ / black seed boleh digunakan untuk merawat pelbagai jenis penyakit.

Dr. Micheal Tierra, penulis buku “Planetary Herbalogy” mendapati habbatus sauda’ / black seed mengandungi betasitosterol. Ia adalah bahan untuk anti kanser yang berkesan.

Kamus kedoktoran “Larousse” menjelaskan bahawa habbatus sauda’ / black seed bertindak untuk mengeluarkan angin dari perut, menambahkan ghairah seks, dan melancarkan darah haid.

HABBATUS SAUDA’ mujarab untuk mengecutkan semua jenis ketumbuhan pada buah dada dan rahim, oleh itu ia dapat mengatasi masalah sakit puan (Metris, Indimetris dan Ophratis), senggugut, 2 atau 3 kali datang haid sebulan atau tidak langsung datang haid , luka atau tersumbat dalam saluran fallopian atau pada kilang ovari, keputihan yang berlebihan atau berbau dan luka-luka usus kecil (colias)

HABBATUS SAUDA juga mujarab bagi mereka yang mengidap sakit tuan seperti lemah tenaga batin, kurang subur bagi lelaki dan perempuan (pasangan yang belum dikurniakan cahaya mata) angin ahmar, lumpuh dan sawan, dan HABBATUS SAUDA juga dapat melegakan kesan buruk daripada merokok, cacing, kanak-kanak kencing malam, kurang tidur, kekejangan otot , sakit kepala, migrane, senak perut, sembelit. HABBATUS SAUDA juga amat berkesan selepas pembedahan dan bersalin.

The Journal of American Scientist melaporkan, habbatus sauda’ / black seed bermanfaat untuk banyak penyakit kerana ia mengandungi antihistamine (pencegah alahan), antioxidant (pencegah kerosakan sel), antibiotic (pembunuh kuman), antimycotic (antikult) dan bancho-dilating effect (pengembang) saluran pernafasan.

Lain-lain kandungan yang terdapat didalam Habbatus Sauda’ ialah:-

  1. Beta sitosterol dimana ia bertindak sebagai bahan anti kanser yang berkesan.
  2. Monosaccharides glukosa( 1 molekul gula ), dalam bentuk glukosa, rhamnose, xylose, arabinose
  3. Komponen polysaccharide yang tidak berkanji iaitu sumber penting bagi diet serat.
  4. Asid lemak( linoleic dan asid linoleic), asid lemak ini tidak boleh dihasilkan oleh badan kita dan perlu mendapatkannya dari sumber makanan lain.
  5. 15 asid amino ( termasuk 8 daripada asid amino yang penting), ia tidak boleh disintesis dalam badan kita dalam kuantiti yang mencukupi dan perlu mendapatkannya daripada sumber makanan yang lain.
  6. Ariginine – penting untuk pertumbuhan bayi
  7. Karotene-apabila diposes oleh hati menjadi vitamin A, mempunyai cirri-ciri anti kanser
  8. Kalsium, besi, natrium dan kalium – pelbagai fungsi enzim.

NILAI PEMAKANAN

HABBATUS SAUDA kaya dengan monosaccharide glukosa, xylos dsb. Polysaccharide fatty acid yang tidak tepu (unsaturated essential fatty acids, EFA). EFA tidak boleh dihasilkan oleh badan kita,oleh itu sumber utamanya ialah pemakanan amino acid yang membentuk protein karotene iaitu Vitamin A, kalsium, Zat Besi dsb.

SISTEM IMUNISASI

Kajian yang dilakukan di Arab Saudi mendapati HABBATUS SAUDA berupaya meningkatkan system imunisasi anda (daya melawan penyakit). Oleh itu, ia mungkin penting dalam pengawalan kanser, AIDS dan penyakit-penyakit berkaitan yang lain.

  • Kajian 1986 dan 1993 (Drs. El kadi, kandil, Basil Ali), ia mempamerkan peningkatan nisbah sel-T Helper kepada sel-T Suppressor, serta peningkatan dalam aktiviti fungsi sel pembunuh asli.
  • Ia boleh memainkan peranan penting dalam rawatan kanser, AIDS dan penyakit lain yang berkaitan dengan kekurangan imun.
  • Kajian 1997, ia meningkatkan 55% nisbah sel-T helper dan sel-T suppressor dengan purata sebanyak 30% aktiviti sel pembunuh asli (NK) AIDS.

ANTI HISTAMIN

Histamine ialah bahan yang dikeluarkan oleh sel-sel maut di dalam badan yang menyebabkan kesan-kesan allergic (alahan). HABBATUS SAUDA mengandungi bahan yang menghalang protein kinase C, sejenis bahan yang mencetuskan penghasilan histamine. Oleh kerana pengidap penyakit asma selalunya mengalami masalah alahan, HABBATUS SAUDA baik diambil secara berterusan.

 Ia sejenis bahan yang dikeluarkan oleh tisu hidup, adakalanya mencetuskan reaksi alergi dan dikaitkan dengan keadaan seperti asma bronkus.

 Kajian 1960 ( saintis badr-el-Din, Mahouz), melegakan tanda pengidap asma bronkus.

 Kajian 1993 ( Nirmal Chakravarty M.D) , ia menghalang protein kinase C, sejenis bahan yang mencetuskan penghasilan histamine, ia juga mengurangkan kadar penyerapan kalsium dalam sel.

ANTI TUMOR

Kajian in vitro mendapati HABBATUS SAUDA berupaya menghalang pembetukan sel-sel tumor. Oleh itu ia baik untuk digunakan bagi membantu menghalang penyakit kanser.

Kajian 1991 ( Pusat penyelidikan Amala, amala Nagar, Kerala, India), ia menghalang sepenuhnya perkembangan sejenis sel kanser Ehrlich Ascites carcinoma(EAC), 100% berkesan dalam menghalang perkembangan tumor sebanyak 50% bagi sel Dalton’s Lymphoma Ascites(DLA).

ANTI BAKTERIA

Penyelidikan ke atas bahan ini mendapati ia mempunyai aktiviti anti bacteria. HABBATUS SAUDA didapati berupaya mengawal bacteria seperti Escherichia coli, V. Cholera dan sepsis Shigella. Ini bermakna HABBATUS SAUDA baik untuk mereka yang menghidapi beberapa jenis penyakit seperti cirit-birit dan masalah-masalah perut yang lain.

  • Kajian 1989 ( Journal farmasi Pakistan ), mempunyai sifat anti kulat minyak habatus sauda.
  • Kajian 1992 ( jabatan farmasi, Universiti Dhaka , Bangladesh ), ia terbukti berkesan terhadap banyak jenis bakteria
  • Merawat dan melegakan cirit-birit, muntah

ANTI-RADANG
(ANTI-INFLAMMATION)

HABBATUS SAUDA didapati boleh mengurangkan radang (bengkak) penyakit Asma (radang paru-paru). eczema (alahan kulit merah dan gatal) dan arthritis (bengkak sendi

  • Kajian 1960( prof. El-Dakhakny), minyak Habbatus sauda mempunyai kesan anti radang dan melegakan kesan-kesan arthritis.
  • Kajian 1995( saintis makmal Penyelidikan farmakologi, Jabatan farmasi, Kings college, London ), ia berkesan dalam merawat asma bronkus dan eksema, ia merencatkan generasi eicosanoids dan mempamerkan aktiviti anti pengoksidaan dalam sel.
  • Barry Sears, Phd, bukunya “The Zone” – eicosanoids sebagai hormon yang kuat yang akhirnya menguasai agen-agen bagi setiap system dalam badan merangkumi dari system jantung kepada system imun dan saraf – kajian 1997 ( Unit Mikrobiologikal, Unirsiti raja saud, rab Saudi), ia tidak mempunyai kesan alahan.

MENGGALAKKAN PENGELUARAN SUSU IBU

Kombinasi lemak dan hormone yang didapati di dalam HABBATUS SAUDA boleh membantu menambahkan lagi pengeluaran susu ibu yang menyusukan bayi.

Kajian 1979 ( Agarwhal) dan 1989 ( Universiti Potchefstroom), ia meningkatkan pengeluaran susu bagi ibu-ibu yang memberi susu badan.